Thursday 29 December 2011

RISALAH TEKUN



Strategi-strategi FAMA

Strategi-strategi FAMA adalah seperti berikut:-
  1. Memperbaiki Kecekapan dan Keberkesanan Pengurusan Rantaian Bekalan
  2. Kecemerlangan Perisikan Pasaran
  3. Pengiktirafan Jenama Pasaran Domestik dan Antarabangsa
  4. Pembangunan Keupayaan

JADUAL BERTUGAS JABATAN & AGENSI MOA DI AGRI-BDC

Wednesday 28 December 2011

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (gambar)

BEBIRI DORPER

KAMBING JAMNAPARI

KERBAU NILI RAVI

LEMBU BRAHMAN

LEMBU DROUGHTMASTER

LEMBU JERSEY

LEMBU LIMOUSIN

Tuesday 27 December 2011

Perladangan Burung Walit

SARANG BURUNG WALIT

     Sarang Burung Walit adalah sejenis makanan berkhasiat yang popular sejak berzaman lamanya, terutamanyadi kalangan kaum Cina. Di Malaysia, penuaian sarang ini dimulakan di Gua Niah, Sarawak pada tahun1878. Sejak kebelakangan ini penuaian sarang burung ini telah mula bertukar menjadi satu industri perladangan yang diusahakan secara besar-besaran dan memberi pulangan yang menguntungkan.

SPESIS

     Burung Walit seringkali disalah ertikan sebagai Burung Layang-Layang. Tetapi hakikatnya sebenarnya, ia adalah berbeza. Berikut adalah beberapa perbezaan ketara antara Burung Layang-Layang dan Burung Walit :
      Terdapat hanya dua jenis spesis Burung Walit yang sarangnya boleh dimakan iaitu Aerodramus fuciphagus (Edible Nest-Swifltlet) dan Aerodramus maximus (Black Nest-Swiftlet)

     Spesis-spesis ini banyak ditemui di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia.
 
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
BLOK PODIUM, WISMA TANI, LOT 4G1 & 4G2, PRESINT 4,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62630 PUTRAJAYA, MALAYSIA.
TEL : +60388702000     FAX : +60388886021
EMAIL : pro@dvs.gov.my

Friday 23 December 2011

Jabatan Pertanian (DOA) & Matlamat

JABATAN PERTANIAN (DOA)    

     Jabatan Pertanian (DOA) menyediakan perkhidmatan profesional berkualiti dalam pelbagai bidang pertanian sebaagai usahanya untuk mempromosikan penggunaan teknologi moden yang cekap. Perkhidmatan diberikan kepada semua jabatan dan agensi kerajaan, syarikat serta institusi swasta, koperasi petani, usahawan, petani dan individu-individu yang ingin mengusahakan perniagaan pertanian secara komersial atau berskala kecil.

Potensi masa hadapan

     Permintaan dunia untuk 4 jenis buah-buahan tropika iaitu Nenas, Avokado, Mangga dan Betik dijangka mencatat pertumbuhan sebanyak 8% menjelang tahun 2010. Amerika Syarikat, Komuniti Eropah, Jepun dan China (Hong Kong) akan kekal sebagai pasaran eksport terbesar bagi buah-buahan ini.

     Import global dijangka meningkat sebanyak 100% dan mencapai 4.3 juta tan menjelang tahun 2010 berbanding 2.2 juta MT pada tahun 2002 dan 87% daripada jumlah ini adalah untuk pasaran negara maju. Permintaan dunia untuk buah-buahan tropika yang lain seperti durian, rambutan, jambu dan lain-lain dijangka berkembang dalam dekad yang akan datang. Pengiklanan dan promosi perlu untuk menyampaikan mesej mengenai kandungan serat serta kalori dan faedah buah-buahan tropika dari segi kesihatan - mensasarkan segmen pasaran etnik dan berpendapatan tinggi.

MATLAMAT

     Jabatan Pertanian Malaysia menumpukan kepada pengeluaran buah-buahan tempatan yang mempunyai kelebihan seperti Betik, Belimbing, Jambu, Tembikai, Nenes, Mangga, Nangka, Pisang , Durian, Buah Limau Mandarin dan Roselle untuk mencapai Imbangan Perniagaan (BOT) positif sebanyak USD400 juta menjelang tahun 2010.

Peluang-peluang Pelaburan
  •  Industri Buah Betik
  • Industri Buah Carambola
  • Industri Buah Tembikai
  • Industri Buah Pisang
  • Industri Buah Mangga
  • Industri Roselle
  • Industri Buah Nenas
  • Industri Buah Jambu 
  • Industri Buah Durian
  • Industri Buah Nangka
  • Industri Buah Limau Mandarin

Thursday 22 December 2011

AgriBazaar (Perdagangan Pintar Untuk Harga Terbaik)

      AgriBazaar adalah portal e-pemasaran yang diwujudkan bertujuan untuk mempromosikan perdagangan di antara pengeluar/penjual dan pembeli produk pertanian. Ia menyediakan infrastruktur perdagangan berasaskan Internet untuk pembeli dan penjual produk-produk pertanian secara online.

      AgriBazaar tidak berfungsi sebagai orang tengah tetapi ia adalah sebuah platform untuk pembeli dan penjual berkumpul dan melakukan transaksi perniagaan mereka. Pembeli dan penjual akan dihubung tanpa melibatkan orang tengah.

     JABATAN PERTANIAN
WISMA TANI, ARAS 7-17, NO.30 , PERSIARAN PERDANA,
PRESINT 4 , 62624 PUTRAJAYA.
TEL : 03-88703103 / 3175 / 3109

    

Wednesday 21 December 2011

JABATAN & AGENSI DI BAWAH MOA


LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU





JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN MALAYSIA





AGRO RESORT DESTINASI PERCUTIAN ANDA

Oleh: W. K. Faizee (Lembaga Pertubuhan Peladang)

Argo Resort di Setiu Terengganu merupakan destinasi percutian sesuai untuk mereka yang mahu lari dadri kesibukan kota raya.

Ia terletak 89 k mdari Bandar Kuala Terengganu dan 13 km daripada Bandar Permaisuru iaitu Bandar pentadbiran bagi daerah Setiu. Berkonsepkan pelancongan agrotourism iaitu menjadikan elemen-elemen pertanian seperti landskap, kolam pancing, taman herba, lading kelapa sawit serta dusun buah-buahan campuran sebagai produk pelancongan merupakan tarikan baru pelancongan dinegara ini.

Dengan keluasan 280 hektar bersebelahan Hutan Simpan Gunung Tebu juga sesuai untuk pencipta alam semulajadi. Sesuai dengan konsep tersebut, ketibaan pengunjung ke resort ini akan disambut keindahan landskap serta tasik-tasik yang indah dengan udara yang segar dan nyaman di pinggir hutan hujan tropika.


Sejarah Penubuhan

Dari segi sejarah, penubuhannya bermula pada 90-an lagi. Pada awalnya hanyalah sekadar mengadakan sebuah ladang integrasi dengan idea menggabungkan semua aspek kegiatan pertanian diatas sebidang tanah. Cadangan awal membina resort ini yang dulunya hanyalah kem latihan dianggap satu idea gila yang tidak boleh diterima akal pada masa itu. Ramai yang beranggapan bahawa projek tersebut akan membawa kerugian kepada pertubuhan. Itulah reaksi dan tanggapan orang ramai bahawa tempat terpencil di pedalaman ini tidak ada apa-apa keistimewaan untuk menarik minat orang ramai untuk berkunjung. Tetapi pihak pengurusan menpunyai keyakinan yang tinggi bahawa ianya berpotensi tinggi untuk menjadi destinasi kunjungan yang unik dan menarik serta mempunyai kelainan berbanding tempat yang lain.

Daya Tarikan

Resort yang terletak di kaki Gunung Tebu ini pastinya memberikan kelainan dalam percutian anda dengan dikelilingi ladang kelapa sawit serta Hutan Hujan Tropika yang kaya dengan keunikan flora dan fauna. Taman Herba kami pasti memberi anda satu nilai khazanah yang tak terhingga dengan koleksi herba melebihi 120 spesis iaitu gajah mengawan, serapat, kacip fatimah, kerbau amuk, aji samatdan lain-lain lagi. Ia menpunyai khasiat yang cukup tinggi dalam perubatan tradisional. Pengunjung bukan sekadar mengenal, malah boleh membeli anak-anak atau produk siap untuk dibawa sebagai ole-ole. Koleksi orkid hutan juga pasti memberi dimensi baru kepada penggemar orkid dimana pelbagai spesis yang sukar dijumpai terdapat di taman herba ini.

Pastinya tidak lengkap anda ke sini jika tidak menerokai keindahan hutan dengan pelbagai aktiviti seperti kembara hutan, night trekking, solo camping serta compass matching. Bagi penggemar aktiviti lasak anda boleh mencuba flying fox, abseiling, rapelling, obstacle course, lowc rope activities serta high rope activities. Debaran jantung serta cabaran mental anda boleh diuji disini. Jom sertai kami!

Penggemar aktiviti air pastinya tidak lengkap kalau tidak mencuba river crossing, berkayak dan rafting di tasik agro. Bagi kaki pancing, jangan lepaskan peluang menikmati sentapan patin, jelawat, rohu,tilapia serta keli afrika dikolam pancing kami ikan seberat 10 kg pasti menjadi rezeki anda jika anda sentapan yang pasti meninggalkan rasa geram kepada kaki pancing.

Dusun buah-buahan kami yang seluas 50 ekar sedia menanti para pengunjung untuk dijamu selera dengan pelbagai keenakan buah-buahan tropika . Yang  pasti durian, dokong, limau chukong, rambutan, manggis, salak dan macam-macam lagi boleh dinikmati terutama pada musim buah-buahan iaitu pada Julai hingga September sepanjang tahun. Bagi penggemar haiwan eksotik, Taman Mini Unggas kami pastinya memberikan anda pengalaman baru bersama pelbagai haiwan eksotik tropika seperti kijang, burung merak, burung kuang, landak, arnab yang jinak, ayam sutera serta unggas-unggas yang mampu menceriakan anda.


Kemudahan

Resort ini kini mempunyai 58 buah chalet yang unik bercirikan senibina tradisional Melayu yang unik. Ditambah pula dengan koleksinya dipinggir tasik pasti memberi sesuatu yang anda impikan. Biliknya dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin, tv, hot shower serta kemudahan coffee/tea.

Empat buah bilik seminar boleh menampung kapasiti 250 orang dengan theater style serta 100 orang bagi classroom style. Restoren Seri Tanjung pasti akan membuka selera anda dengan keenakkan masakan pantai timur yang popular dengan ulam-ulam yang berkhasiat serta dengan kelazatan masakan barat dan continental. Di sebelah petang dan malam, anda boleh sembang-sembang di kopitiam coner sambil minum kopi, the tarik dengan snek ringan di Agro Café dengan suasana yang menarik dan nyaman sambil mendengar muzik.

Kemudahan surau, kolam renang, padang sukaneka, warung nira serta lobby shop pastinya memberi kan anda kepuasan maksimun semasa menghabiskan percutian anda di PSAR.

Bagi mereka yang sukakan survivor, pihak kami juga menyediakan tapak perkhemahan untuk anda menikmati suasana yang berbeza dan lebih menarik dengan kemudahan yang selesa dan memuaskan.

Agro resort bukan sekadar destinasi percutian, kami juga menyediakan prasarana yang lengkap bagi membantu anda menjayakan program-program, kursus dan seminar dalam suasan keringan. Apa yang pasti, kunjungan anda ke Agro Resort pasti meninggalkan kepuasan yang dicari. Keunikan dan kelainan pastinya memberikan anda kepuasan dengan suasana yang berbeza daripada destinasi percutian yang lain.

JADUAL BERTUGAS JABATAN & AGENSI MOA DI AGRI-BDC

Fungsi Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia (MOA)

Fungsi Teras 1
Menggubal, merancang dan melaksanakan dasar, strategi dan Program Pembangunan Pertanian.

Fungsi Teras 2
Menilai, menyelaras dan memastikan pelaksanaan projek/program Pembangunan Pertanian agro-makanan.

Fungsi Teras 3
Menjalankan R&D dan inovasi meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor agro-makanan.

Fungsi Teras 4
Menggalakan pelaburan domestik dan asing dalam sektor agro-makanan.

Fungsi Teras 5
Merangka dan melaksanakan rantaian pemasaran agro-makanan yang cekap dan berkesan.
 
 

Objektif Agri-BDC

Objektif program ini adalah untuk:

  • menyediakan maklumat terkini mengenai peluang pelaburan di semua peringkat di rantaian bekalan (supply chain) bagi semua subsektor tanaman, ternakan, perikanan dan makanan diproses.
  • Menarik minat dan meyakinkan pelaburan sedia ada dan pelabur supaya melabur dalam sektor pertanian terutamanya subsektor makanan.
  • Menjadi pusat rujukan bagi proses perancangan dan pelaksanaan pelaburan sektor pertanian.

Peranan & Fungsi Agri-BDC

     Agri-BDC menyediakan maklumat terkini mengenai peluang pelaburan di semua peringkat di rantaian bekalan (supply chain) bagi semua subsektor tanaman, ternakan, perikanan dan makanan diproses. Agri-BDC juga menjadi pusat rujukan bagi proses perancangan dan pelaksanaan pelaburan sektor pertanian.

     Agri-BDC juga berfungsi untuk menarik minat dan meyakinkan pelaburan sedia ada dan pelabur supaya melabur dalam sektor pertanian terutamanya subsektor makanan.

      Selain daripada itu, Agri-BDC turut menjadi komponen penting dalam mempromosikan sektor pertanian dan industri asas tani dengan menyertai pameran-pameran dan ekspo-ekspo di dalam dan luar negara.

JADUAL BERTUGAS JABATAN DAN AGENSI MOA DI PUSAT AGRI-BDC

PUSAT PEMBANGUNAN PERNIAGAAN AGRI-MAKANAN ( AGRI-FOOD BUSINESS DEVELOPEMENT CENTRE )

     Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian dan Makanan (Agri-BDC) ialah pusat sumber dan maklumat setempat yang diwujudkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia bagi menyokong dan membangunkan perniagaan dalam bidang pertanian dan makanan negara.

   Program ini adalah kesinambungan kepada program Pusat Maklumat Pertanian Setempat yang dilaksanakan di bawah RMKe-7 dan seterusnya ditukarkan kepada program Agri-BDC yang dilaksanakan di bawah RMKe-8. Program ini telah memberi manfaat yang besar kepada para pelabur dan bakal pelabur di dalam sektor pertanian menerusi pelbagai perkhidmatan yang disediakan. Program ini mempunyai potensi untuk dikembangkan lagi supaya manfaatnya dapat disampaikan secara meluas kepada golongan sasaran di seluruh negara. Pusat Pembangunan Perniagaan Agri-Makanan (Agri-food BDC) adalah pusat sumber dan maklumat tunggal yang ditubuhkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Berasaskan Pertanian bagi membantu dan membangunkan komuniti perniagaan pertanian dan makanan Malaysia. Ia direka khas untuk memenuhi keperluan golongan yang terlibat dalam bidang perniagaan pertanian dan makanan kepada pelabur dalam sektor ini.


      Pusat ini diwujudkan bagi memudahkan orang awam (penyelidik, jabatan/agensi dan individu) dan pihak swasta (usahawan dan syarikat) untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan serta membantu orang awam dan pihak swasta memahami dengan lebih dekat peranan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani termasuk Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi di bawahnya. Antara maklumat yang disediakan termasuklah:

  • Khidmat nasihat
  • Khidmat kepakaran
  • Galakan yang disediakan oleh Kerajaan
  • Pinjaman
  • Latihan
  • Peraturan dan perundangan yang perlu dipatuhi
  • Akreditasi dan piawaian
  • Business match making
  • Perkhidmatan perundingan
      Rujukan BDC antaranya ialah maklumat-maklumat yang diperoleh daripada perpustakaan, bahan-bahan terbitan, video-video dan kepakaran-kepakaran daripada Kementerian, Jabatan dan Agensi.
      Perkhidmatan BDC ini boleh dicapai melalui telefon, surat, email dan juga faks selain daripada mengunjungi ke Pusat BDC ini secara langsung.
      Pusat ini diharapkan dapat membantu dalam penyebaran maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani dan Jabatan dan Agensi di bawahnya terus kepada golongan sasar di suatu tempat terutamanya kepada organisasi yang terlibat terus dalam industri pengeluaran bahan-bahan berasaskan pertanian dan makanan.

Wednesday 14 December 2011

Penanaman padi

Ada beberapa kaedah bagaimana menggelak padi angin dalam penanaman padi iaitu


1. Sumber benih yang diperolehi

2. Kaedah perendaman benih

3. Kaedah semasa tanam

4. Kaedah pengawalan pertumbuhan pokok

5. Kaedah semasa penuaian