- TERMINAL AGRIBISNESS NEGARA (TEMAN)
Terminal Agribisness Negara (TEMAN) merupakan pembangunan prasarana pasaran moden yang menghubungkan rangkaian pengeluar dan pembekal kepada pengguna. TEMAN berperanan sebagai pusat pemborongan hasil-hasil pertanian dan industri asas tani secara cekap dan berkesan. Ia juga berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat, penentu kecekapan dan keselamatan makanan serta agro pelancongan. Pembangunan TEMAN akan dilaksanakan melaui konsep perkongsian bersama kerajaan dan swasta ( public-private partnership)
- LADANG KONTRAK
Di bawah RMKe-9, sektor pertanian diberi tumpuan yang khusus terutamanya aktiviti-aktiviti pengeluaran dan nilai tambah yang boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menjadikan sektor pertanian sebagai penjana pertumbuhan ekonomi ketiga negara. Penekanan diberikan kepada beberapa aspek pembangunan pertanian termasuk pengeluaran berkualiti yang mempunyai nilai tambah yang tinggi menerusi aktiviti seperti pemprosesan, penggredan, pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan.
Program Ladang Kontrak adalah salah satu projek berimpak tinggi yang di perkenalkan sebagai salah satu mekanisma untuk membantu pengusaha pertanian berskala kecil dan sederhana dalam menjamin pengeluaran hasil pertanian mereka mendapat pulangan yang setimpal. Program ini di jalankan secara integrasi di bawah konsep MOA Inc. melibatkan Jabatan/Agensi seperti:
- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
- Jabatan Pertanian
- Lembaga Pertubuhan Peladang
- Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
- Agrobank
- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah
- Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak
Objektif utama yang telah ditetapkan bagi Program Ladang Kontrak adalah;-
- Menjamin pasaran dan seterusnya meningkatkan pendapatan pengeluar;
- Mempertingkatkan pengeluaran buah-buahan dan sayur sayuran melalui perancangan pengeluaran dan pemasaran bersistematik;
- Memastikan pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan mapan serta menepati kehendak pasaran melalui Amalan Pertanian Baik (GAP);
- Mempercepatkan pemindahan teknologi di dalam rantaian bekalan;
Skop Program Ladang Kontrak melibatkan petani di bawah pengelolaan Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah dan Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak sebagai pengeluar dan FAMA/Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia bertindak sebagai pembeli dan bersetuju menjamin pasaran hasil tanaman di mana petani mengeluarkan hasil tanaman seperti yang dikehandaki.
- PUSAT PENGUMPULAN (CC) DAN PUSAT PENGEDARAN (DC)
FAMA telah mewujudkan Pusat Pengumpulan Ladang (CC) dan Kompleks Pengumpulan Ladang (KPL) di peringkat pengeluaran hasil pertanian. Projek tersebut bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah pemasaran pertanian melaui amalan pengendalian lepas tuai, peningkatan mutu penggredan, pelabelan serta sebagai pusat saluran informasi pertanian. Buat masa ini FAMA telah membangunkan sebanyak 91 buah Pusat Pengumpulan yang melibatkan seramai 2,232 orang peserta.
FAMA juga mewujudkan pusat-pusat pengedaran di kawasan bandar utama yang berhampiran dengan kompleks pasar borong sedia ada. Pusat Pengedaran (DC) berperanan sebagai pusat penerimaan, tambah nilai dan seterusnya mengedarklan hasil-hasil keluaran pertanian ke rangkaian pasaraya dan institusi. Pusat pengedaran mempunyai kemudahan dan peralatan untuk urusan pembungkusan semula, penyimpanana, pemeraman dan khidmat logistik penghantaran.
Selain berfungsi sebagai pusat edaran produk pertanian, pusat ini turut berfungsi sebagai pusat penyebaran maklumat berkaitan pemasaran hasil pertanian dan teknologi yang berfaedah kepada petani dan pengusaha. Terdapat sebanyak 14 buah pusat pengedaran FAMA sedang beroperasi di seluruh negara.
- 'Malaysia's Best'
Malaysia's Best adalah merupakan sebuah lambang pengesahan kualiti dan keselamatan makanan hasil pertanian Malaysia yang memberi jaminan kepada pengguna bahawa produk yang mempunyai mohor tersebut telah melepasi tahap kawalan kualiti di peringkat ladang dan lepas tuai yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani setaraf dengan standard antarabangsa seperti Europgap.
Program Malaysia's Best telah dirangka dengan tujuan untuk mewujudkan satu jenama payung (umbrella brand) yang berkesan bagi tujuan promosi di dalam atau pun di luar negara. Ianya juga bertujuan untuk menanamkan kepercayaan pengguna terhadap kualiti dan keselamatan hasil tempatan dan seterusnya membina satu imej yang baik untuk barangan pertanian Malaysia.
- SISTEM PEMADANAN MAKLUMAT BEKALAN DAN PERMINTAAN (SUPPLY DEMAND VIRTUAL INFORMATION -SDVI)
SDVI merupakan satu sistem bersepadu yang dibangunkan oleh FAMA bagi memantau keseimbangan keadaaan pasaran dengan mengenalpasti permintaan hasil-hasil pertanian dan seterusnya pengeluaran.
Antara matlamat utama SDVI ialah untuk membantu pertumbuhan sektor pertanian menerusi teknologi maklumat (ICT) dengan memperkenalkan sistem dan penawaran serta mengintegrasikan maklumat keperluan pemasaran dengan keadaaan bekalan. Ia mengenalpasti anggaran permintaan dan bekalan dalam menangani lebihan atau kekurangan bekalan pada sesuatu masa. Dengan maklumat permintaan, pengeluaran dan harga pasaran komoditi berasaskan pertanian di seluruh negara, maka harga pasaran serta kuantiti pengeluaran dapat ditetapkan supaya bekalan dan permintaan boleh diwujudkan secara seimbang. SDVI boleh dilayari melalui laman web http://sdvi.fama.net.my atau http://www.fama.gov.my
- PASAR TANI MEGA dan GERAI BUAH-BUAHAN SEGAR (GBBS)
Pasar Tani Mega diperkenalkan bagi memberikan satu anjakan imej yang baru dan seterusnya mengekalkan daya saing pasar tani.Ia merupakan satu lambang kejayaan milik bersama usahawan tani yang menjadi peserta pasar tani dan juga pengeluar iaitu petani, penternak dan nelayan. Pasar Tani Mega memperkenalkan beberapa ciri baru yang menonjolkan suasana ceria, mesra pelanggan dan peragaan barangan yang lebih kemas, teratur dan 'hygenic' serta ruang membeli belah yang lebih luas. Sehingga akhir tahun 2006, sebanyak 35 buah Pasar Tani Mega telah diwujudkan.
Selain itu, FAMA juga mewujudkan Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) yang merupakan salah satu daripada program pembangunan usahawan di bawah bimbingan FAMA
Ia merupakan rangkaian gerai jualan buah-buahan milik usahawan sedia ada di seluruh negara yang telah dipilih untuk ditambahbaik dengan imej yang seragam dan susunatur yang kemas serta menarik.
GBBS menjadi saluran alternatif kepada pengguna mendapatkan buah-buahan yang berkualiti serta sebagai ruang kepada usahawan untuk meningkatkan urusniaga buah-buahan. Program ini merupakan satu usaha bagi menarik orang ramai mendapatkan bekalan secara langsung dan seterusnya meningkatkan penggunaan perkapita buah-buahan tempatan.
Sehingga kini FAMA telah berjaya membangunkan seramai 163 usahawan dengan 326 gerai di seluruh negara.
- OLEMAS dan AGROMAS
OLEMAS merupakan satu jenama nasional barangan makanan keluaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang telah melepasi satu tahap kualiti yang mampu bersaing dengan produk lain di pasaran.
Program penjenamaan produk keluaran PKS ini dibangunkan bersama antara jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani. Hasil kerjasama ini telah menempatkan enam jenis produk di pasaran sejak tahun 2004 iaitu Sri Kaya Madu, Kuah Rojak Madu, Sos Cili Padi, Sos Pedas Berkicap, Sos Nenas Bercili dan Kuah Percik.
AGROMAS pula merupakan jenama produk yang diedarkan oleh FAMA. Produk-produk yang dijenamakan di bawah AGROMAS adalah merupakan produk-produk yang terpilih dan berpotensi untuk berkembang. Ia terdiri daripada produk keluaran kilang FAMA sendiri dan juga keluaran dari kalangan pengusaha PKS tempatan yang berdaya saing dan maju.
- PEMBANGUNAN SISTEM DAN KAWALAN PASARAN SERTA e-PERMIT
Dalam era globalisasi dan liberalisasi persaingan dalam pasaran hasil-hasil pertanian menjadi amat sengit. Faktor kualiti seperti penerapan 'standard' dan 'traceability', pembungkusan yang baik dan menarik akan menjadi kelebihan kepada sesuatu keluaran.
FAMA akan melaksanakan Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian) yang menetapkan beberapa perkara
- Standard gred keluaran pertanian
- Standard pembungkusan keluaran pertanian
- Standard pelabelan kepada pembungkusan
- Pengeluaran perakuan untuk keluaran pertanian yang akan dieksport.
FAMA juga telah mengaplikasikan e-Permit bagi membolehkan permit import (menerima dan memproses permohonan permit) dikeluarkan secara elektronik. Semua informasi permit import yang diluluskan dihantar secara elektronik ke Jabatan Kastam Malaysia. Sistem ini dibangunkan secara "web-based". Perlaksanaan e-Permit telah dibangunkan pada awal tahun 2004 dan FAMA merupakan salah sebuah agensi kerajaan yang pertama melaksanakan sistem ini.
- PEMBANGUNAN URUSNIAGA
Pada tahun 2008, FAMA akan terus memperkukuhkan urusniaga dengan menetapkan unjuran 10% daripada nilai saiz pasaran hasil-hasil pertanian dan akanan proses negara menjelang tahun 2010. Program pembangunan urusniaga dilaksanakan denga tujuan untuk menjamin pasaran serta mendapatkan laluan bagi pasaran dan produk baru. Program ini dilaksanakan melalui penglibatan FAMA secara terus dalam aktiviti pembelian dan jualan hasil-hasil pertanian oleh Jabatan / Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seperti Kontrak Pemasaran, Taman Kekal Pertanian Makanan (TKPM) dan ladang nukleus. Program ini juga dapat mengatasi masalah lambakan buah-buhan segar dalam negara yang sering berlaku pada waktu pengeluaran buah-buahan bermusim.
FAMA telah menetapkan sasaran urusniaga sebanyak RM 1002 juta meliputi jualan secara langsung sebanyak RM 100 juta ( produk segar dan proses RM 80 juta serta eskport RM 20 juta) dan jualan secara tidak langsung sebanyak RM 902 juta ( melalui pasar tani RM 350 juta, Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) RM 350 juta dan pengaturan pasaran produk proses RM 302 juta). Bagi memperkukuhkan perkhidmatan ini, FAMA telah mewujudkan lima pejabat wilayah yang akan menguruskan 34 buah pusat-pusat operasi yang akan terlibat dalam aktiviti pembelian dan jualan jasil-hasil pertanian di seluruh negara
- MODAL INSAN
Insan merupakan salah satu modal terpenting yang dibangunkan bagi mewujudkan pengurusan keupayaan yang strategik dalam menyokong FAMA sebagai Organisasi Berasaskan Pengetahuan (Knowledge-Based Organization). Program latihan yang dibangunkan adalah untuk meningkatkan kompetensi di kalangan kakitangan serta usahawan.
Wednesday, 18 January 2012
ANTARA PROJEK-PROJEK UTAMA OLEH FAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment