Wednesday, 21 December 2011

AGRO RESORT DESTINASI PERCUTIAN ANDA

Oleh: W. K. Faizee (Lembaga Pertubuhan Peladang)

Argo Resort di Setiu Terengganu merupakan destinasi percutian sesuai untuk mereka yang mahu lari dadri kesibukan kota raya.

Ia terletak 89 k mdari Bandar Kuala Terengganu dan 13 km daripada Bandar Permaisuru iaitu Bandar pentadbiran bagi daerah Setiu. Berkonsepkan pelancongan agrotourism iaitu menjadikan elemen-elemen pertanian seperti landskap, kolam pancing, taman herba, lading kelapa sawit serta dusun buah-buahan campuran sebagai produk pelancongan merupakan tarikan baru pelancongan dinegara ini.

Dengan keluasan 280 hektar bersebelahan Hutan Simpan Gunung Tebu juga sesuai untuk pencipta alam semulajadi. Sesuai dengan konsep tersebut, ketibaan pengunjung ke resort ini akan disambut keindahan landskap serta tasik-tasik yang indah dengan udara yang segar dan nyaman di pinggir hutan hujan tropika.


Sejarah Penubuhan

Dari segi sejarah, penubuhannya bermula pada 90-an lagi. Pada awalnya hanyalah sekadar mengadakan sebuah ladang integrasi dengan idea menggabungkan semua aspek kegiatan pertanian diatas sebidang tanah. Cadangan awal membina resort ini yang dulunya hanyalah kem latihan dianggap satu idea gila yang tidak boleh diterima akal pada masa itu. Ramai yang beranggapan bahawa projek tersebut akan membawa kerugian kepada pertubuhan. Itulah reaksi dan tanggapan orang ramai bahawa tempat terpencil di pedalaman ini tidak ada apa-apa keistimewaan untuk menarik minat orang ramai untuk berkunjung. Tetapi pihak pengurusan menpunyai keyakinan yang tinggi bahawa ianya berpotensi tinggi untuk menjadi destinasi kunjungan yang unik dan menarik serta mempunyai kelainan berbanding tempat yang lain.

Daya Tarikan

Resort yang terletak di kaki Gunung Tebu ini pastinya memberikan kelainan dalam percutian anda dengan dikelilingi ladang kelapa sawit serta Hutan Hujan Tropika yang kaya dengan keunikan flora dan fauna. Taman Herba kami pasti memberi anda satu nilai khazanah yang tak terhingga dengan koleksi herba melebihi 120 spesis iaitu gajah mengawan, serapat, kacip fatimah, kerbau amuk, aji samatdan lain-lain lagi. Ia menpunyai khasiat yang cukup tinggi dalam perubatan tradisional. Pengunjung bukan sekadar mengenal, malah boleh membeli anak-anak atau produk siap untuk dibawa sebagai ole-ole. Koleksi orkid hutan juga pasti memberi dimensi baru kepada penggemar orkid dimana pelbagai spesis yang sukar dijumpai terdapat di taman herba ini.

Pastinya tidak lengkap anda ke sini jika tidak menerokai keindahan hutan dengan pelbagai aktiviti seperti kembara hutan, night trekking, solo camping serta compass matching. Bagi penggemar aktiviti lasak anda boleh mencuba flying fox, abseiling, rapelling, obstacle course, lowc rope activities serta high rope activities. Debaran jantung serta cabaran mental anda boleh diuji disini. Jom sertai kami!

Penggemar aktiviti air pastinya tidak lengkap kalau tidak mencuba river crossing, berkayak dan rafting di tasik agro. Bagi kaki pancing, jangan lepaskan peluang menikmati sentapan patin, jelawat, rohu,tilapia serta keli afrika dikolam pancing kami ikan seberat 10 kg pasti menjadi rezeki anda jika anda sentapan yang pasti meninggalkan rasa geram kepada kaki pancing.

Dusun buah-buahan kami yang seluas 50 ekar sedia menanti para pengunjung untuk dijamu selera dengan pelbagai keenakan buah-buahan tropika . Yang  pasti durian, dokong, limau chukong, rambutan, manggis, salak dan macam-macam lagi boleh dinikmati terutama pada musim buah-buahan iaitu pada Julai hingga September sepanjang tahun. Bagi penggemar haiwan eksotik, Taman Mini Unggas kami pastinya memberikan anda pengalaman baru bersama pelbagai haiwan eksotik tropika seperti kijang, burung merak, burung kuang, landak, arnab yang jinak, ayam sutera serta unggas-unggas yang mampu menceriakan anda.


Kemudahan

Resort ini kini mempunyai 58 buah chalet yang unik bercirikan senibina tradisional Melayu yang unik. Ditambah pula dengan koleksinya dipinggir tasik pasti memberi sesuatu yang anda impikan. Biliknya dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin, tv, hot shower serta kemudahan coffee/tea.

Empat buah bilik seminar boleh menampung kapasiti 250 orang dengan theater style serta 100 orang bagi classroom style. Restoren Seri Tanjung pasti akan membuka selera anda dengan keenakkan masakan pantai timur yang popular dengan ulam-ulam yang berkhasiat serta dengan kelazatan masakan barat dan continental. Di sebelah petang dan malam, anda boleh sembang-sembang di kopitiam coner sambil minum kopi, the tarik dengan snek ringan di Agro Café dengan suasana yang menarik dan nyaman sambil mendengar muzik.

Kemudahan surau, kolam renang, padang sukaneka, warung nira serta lobby shop pastinya memberi kan anda kepuasan maksimun semasa menghabiskan percutian anda di PSAR.

Bagi mereka yang sukakan survivor, pihak kami juga menyediakan tapak perkhemahan untuk anda menikmati suasana yang berbeza dan lebih menarik dengan kemudahan yang selesa dan memuaskan.

Agro resort bukan sekadar destinasi percutian, kami juga menyediakan prasarana yang lengkap bagi membantu anda menjayakan program-program, kursus dan seminar dalam suasan keringan. Apa yang pasti, kunjungan anda ke Agro Resort pasti meninggalkan kepuasan yang dicari. Keunikan dan kelainan pastinya memberikan anda kepuasan dengan suasana yang berbeza daripada destinasi percutian yang lain.

1 comment:

  1. Another world's wonders in the making.. Gallery BiGDee House of Magic Potions world's first nano microfungus potions- Taman Royal Lily, Tanah Rata. Come and experience the wonders!

    ReplyDelete