Friday 23 December 2011

Jabatan Pertanian (DOA) & Matlamat

JABATAN PERTANIAN (DOA)    

     Jabatan Pertanian (DOA) menyediakan perkhidmatan profesional berkualiti dalam pelbagai bidang pertanian sebaagai usahanya untuk mempromosikan penggunaan teknologi moden yang cekap. Perkhidmatan diberikan kepada semua jabatan dan agensi kerajaan, syarikat serta institusi swasta, koperasi petani, usahawan, petani dan individu-individu yang ingin mengusahakan perniagaan pertanian secara komersial atau berskala kecil.

Potensi masa hadapan

     Permintaan dunia untuk 4 jenis buah-buahan tropika iaitu Nenas, Avokado, Mangga dan Betik dijangka mencatat pertumbuhan sebanyak 8% menjelang tahun 2010. Amerika Syarikat, Komuniti Eropah, Jepun dan China (Hong Kong) akan kekal sebagai pasaran eksport terbesar bagi buah-buahan ini.

     Import global dijangka meningkat sebanyak 100% dan mencapai 4.3 juta tan menjelang tahun 2010 berbanding 2.2 juta MT pada tahun 2002 dan 87% daripada jumlah ini adalah untuk pasaran negara maju. Permintaan dunia untuk buah-buahan tropika yang lain seperti durian, rambutan, jambu dan lain-lain dijangka berkembang dalam dekad yang akan datang. Pengiklanan dan promosi perlu untuk menyampaikan mesej mengenai kandungan serat serta kalori dan faedah buah-buahan tropika dari segi kesihatan - mensasarkan segmen pasaran etnik dan berpendapatan tinggi.

MATLAMAT

     Jabatan Pertanian Malaysia menumpukan kepada pengeluaran buah-buahan tempatan yang mempunyai kelebihan seperti Betik, Belimbing, Jambu, Tembikai, Nenes, Mangga, Nangka, Pisang , Durian, Buah Limau Mandarin dan Roselle untuk mencapai Imbangan Perniagaan (BOT) positif sebanyak USD400 juta menjelang tahun 2010.

Peluang-peluang Pelaburan
  •  Industri Buah Betik
  • Industri Buah Carambola
  • Industri Buah Tembikai
  • Industri Buah Pisang
  • Industri Buah Mangga
  • Industri Roselle
  • Industri Buah Nenas
  • Industri Buah Jambu 
  • Industri Buah Durian
  • Industri Buah Nangka
  • Industri Buah Limau Mandarin

No comments:

Post a Comment