Thursday 26 January 2012

PENUBUHAN & Fungsi MARDI.....

Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah ditubuhkan pada 28 Oktober 1969 mengikut Akta MARDI (Akta 11) dan mula beroperasi pada Mac 1971. Penubuhan MARDI adalah bagi tujuan pembangunan  teknologi untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani tempatan. Pendekatan dalam pembangunan teknologi MARDI adalah melalui inovasi terancang dalam memastikan teknologi yang dibangunkan mempunyai daya saing yang tinggi.

 Logo MARDI
Allahyarham Tun Abdul Razak ketika merasmikan Pejabat MARDI pada tahun 1969


MARDI telah diberi mandat bagi melaksanakan fungsi-fungsi:
  • Untuk menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan:
    • pengeluaran,penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (getah, kelapa sawit dan koko), ternakan dan makanan dan perladangan campuran
  • Berkhidmat sebagai pusat pengumpulan dan peyebaran maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaiatan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani, melalui apa cara termasuklah penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja berhubung dengannya sera mengelolakan pameran, persidangan, syarahan dan seminar
  • Menjadi satu pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian serta industri asas tani seperti perkhidmatan, perundingan, makmal analisis, jaminan kualiti serta R&D kontrak
  • Memberi latihan dengan apa juga cara untuk kemajuan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani
  • Memberi geran untuk R&D dalam bidang sains tulen dan gunaan, teknikal dan ekonomi berkenaan dengan industri pertanian
  • Mengekalkan hubungan dengan organisasi lain, sama ada awam atau swasta, dalam atau luar negara yang mengambil bahagian dalam penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani
  • Menjalankan penyelidikan dan pengeluaran berbentuk komersial
  • Membangunkan, mempromosikan dan mengeksploitasikan penemuan penyelidikan
  • Memberi perkhidmatan pengembangan kepada industri makanan dan pertanian serta industri asas tani
oleh:

Mohd Nur Hafiz Mat Azmin
Pegawai Penyelidik
Unit Pembangunan Perniagaan
Ibu Pejabat MARDI,43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-89437053 / 5086
Fax: 03-89435840
Emel: laopan03@gmail.com

    6 comments:

    1. Bagaimana MARDI brandingkan namanya di mata masyarakat?

      ReplyDelete
    2. MARDI bintulu sarawak, mcm tak ada fungsi.. Dah bertahun tahun bertapak di sini, tapi saya langsung tak nampak apa peranan nya.. Ada kah di di ada kan sebagai hiasan ataupun untuk cukup kan syarat sehaja??

      ReplyDelete
    3. Bagaimanakah saya mendapatkan bantuan daripada pihak MARDI untuk memasarkan produk pertanian saya ke luar negara? Sudi kiranya pm saya di 0135412887. Tkasih.

      ReplyDelete
    4. Di sini ialah Benjamin hubungi butiran E-mel, lfdsloans @ outlook.com. / lfdsloans@lemeridianfds.com Atau Whatsapp +1 989-394-3740 yang membantu saya dengan pinjaman 90.000.00 Euro untuk memulakan perniagaan saya dan saya sangat berterima kasih, Sungguh susah bagi saya di sini cuba untuk membuat jalan sebagai ibu tunggal perkara-perkara tidak mudah dengan saya tetapi dengan bantuan Le_Meridian meletakkan senyuman di wajah saya kerana saya menonton perniagaan saya semakin kuat dan berkembang juga. Saya tahu anda mungkin mengejutkan mengapa saya meletakkan perkara seperti ini di sini tetapi saya benar-benar perlu menyatakan saya terima kasih supaya sesiapa yang mencari bantuan kewangan atau mengalami kesulitan dengan perniagaan yang ada atau ingin memulakan projek perniagaan dapat melihat ini dan memiliki harapan untuk keluar dari kesulitan .. Terimakasih.

      ReplyDelete